//Applelove♥
++ jeritan neraka kota gila ++

Monday, August 30, 2010 @ 12:32 AM | 0 Flying kisses ❤

lorong hitam penuh noda.
terpalit dosa para penghuninya.
tiada malaikat,iblis berleluasa.
menghasut anak adam ke lembah hina.

aku menyusur langkah perlahan.
mata meliar ke kiri dan kanan jalan.
anak jin berpeleseran,berpesta saban malam.
pelbagai fesyen dan style,macam-macam ragam.

seks menjadi hiburan.
kalau sekadar kissing-kissing..
"alah,biasalah tu bang.."
arak hidangan minuman.
kalau orang menegur..
"alah,tak rock lah macam ni bang.."

perempuan bertudung.
tapi perangai macam orang tak ada agama.
lelaki berlagak macho.
tapi menangis teresak-esak bila tengok drama korea.
perempuan macam lelaki..
konon hebat.."tomboi la katakan.."
lelaki macam perempuan..
konon cantik.."nyah,cun tak i?"

dimanakah letaknya logica?
dimanakah letaknya kesedaran akal kita?
atau rasa itu sebenarnya telah lama mati?
tenggelam dalam nikmat kota gila ini?

aku berdiri dalam realiti hari ini.
dunia hanya auta dan tiada fakta.

aku aku.
kau kau.
dia dia.
mereka mereka.
"jaga tepi kain sendiri la.."
"yang kau sibuk hal aku tu,apa hal?"
"alah,macam paling-paling bagus je nak tegur orang.."
"sedarlah diri,cermin muka tu dulu.."

aku aku.
kau kau.
dia dia.
mereka mereka.

akulah penghuni kota neraka.
aku,kau,dia,mereka juga sama.
watak penghidup jalan cerita kota gila.

jeritan memekakkan telinga.
pandangan membutakan mata.

mampukah aku bertahan di sini?
berdiri teguh menjadi aku.
atau perjalananku terhenti di sini?
tewas pada godaan duniawi.

kota neraka..
kota gila..
dan aku terbakar dalam neraka kota gila...




**credit to izzat. :) .aku bersepah idea lepas borak dengan kau semalam.trimas bro!!

p/s:mesti kau bangga kan kan kan? ^_^ ..






Older Post | Newer Post
3 applelovelove[s]


Hello little earthling jello, awkward strangers and mysterious stalkers (:




please click the like button to support my blog. :) i love♥ you guys so much.rawr!







Blog's name: lollyuni.blogspot.com
Blog's owner: Alwani Lollyuni

I'm using this template from blogskin, tweak and twist the coding and made it mine.

Background :Glitter-graphics
Icons : Iconspedia
Images : We❤it,Glitter-graphics