|
Monday, February 7, 2011 @ 3:26 AM | 4 Flying kisses ❤
andai bumi mampu berkata-kata. mungkin ia akan mengatakan ia sudah jemu. penat dengan tingkah laku manusia. yang gila kuasa dan mengejar harta. andai aku mampu bersuara. menjerit di hadapan para pemimpin dunia. aku penat dengan isu politik semasa. perperangan tumpah darah berleluasa. tidakkah engkau dan aku sama? kita cuma manusia biasa. tidakkah pernah engkau cuba membayangkan? bumi tiada perperangan. tiada lagi bermandikan darah. tiada lagi meratapi kematian. manusia semuanya sama. tiada beza miskin dan kaya. tiada beza hina dan berharta. yaa..aku sama seperti bumi. penat dengan tingkah laku kalian. manusia yang lupa diri. tamak dengan harta duniawi.
nota kaki: bersyukur negara malaysia ni aman. :) Wednesday, February 2, 2011 @ 1:20 AM | 0 Flying kisses ❤
nota kepala:
kalau korang tengah sedih baru lepas broke up,please jangan tekan play and tengok video tu..okeyy? wawa tak mau buat sesiapa sedih.just chill babe. :) tadi pegi godek-godek tumblr :), then tiba-tiba terjumpa piano cover lagu ni. Bila dengar, macam best saja. So cepat-cepat pegi cari video dekat youtube pula. Dah jumpa. Nice. :) korang dengar tau.lyrics in english. After covering my face with a white muffler. harap korang pun enjoy lagu ni macam wawa. :) kalau nak original lyric dia,pegi cari dekat google sendiri.wawa tak paham bahasa korea.muahaha.
nota kaki:
wawa bukan peminat drama korea okeyyy. :) Monday, December 6, 2010 @ 10:33 AM | 4 Flying kisses ❤
![]() mengapa perlu berselindung disebalik awan? aku perlukan sinaran mentari. mengapa perlu berselindung disebalik awan? aku perlukan sinaran rembulan. tak perlu berselindung disebalik bayang. kerana aku tahu engkau di situ. setia menjaga aku. tanpa pernah kenal erti jemu. walaupun datang hujan. mencurah membasahi bumi. engkau tetap setia memerhati aku. dan bila hujan berhenti. engkau hadiahkan aku pelangi. membawa duka lara pergi. pssstt..encik clown,wawa nak bisik dengan kamoo something.
[takkan geget telinga kamoo deh.] awak sudi jadi matahari* saya tak? :) :) :) . @ 10:15 AM | 0 Flying kisses ❤
![]() oh tuhan.. pinjamkan aku satu bintang dilangit tinggi. untuk menerangi gelap malamku. temani sang bulan yang sepi. oh tuhan.. pinjamkan aku satu bintang dilangit tinggi. sinarkan cahaya dalam kelam hidupku. temani sang lara yang sepi. Friday, December 3, 2010 @ 7:05 AM | 10 Flying kisses ❤
kau berkata: tanpa angin,takkan pohon bergoyang. aku berkata: owh.. kau melulu tuduhi aku. tapi aku sunyi menyepi. tiada guna bikin kontroversi. aku masih cool. tak suka bikin kecoh. aku berubah ke arah kebaikan. itu pendapat aku. tapi kau terus-terusan tuduhi aku. okey fine.. it's up to you. Saturday, October 30, 2010 @ 3:33 PM | 8 Flying kisses ❤
![]() mengapa kau tidak pernah mengerti? sekalipun cuba untuk memahami. walau berkurun lamanya kau menanti. dia tetap tidak akan berpaling. mengapa perlu kau seksa hatimu? mengurung jiwa dalam penjara sepi. menanti yang bukan realiti. cinta yang takkan pernah kau temui. telah berkali aku beritahu. dia milikku. bukan hakmu. dia cintaku. bukan sayangmu. dia hidupku. bukan takdirmu. jadi apa perlu lagi kau disini? mimpi hanya fantasi. impian yang takkan mampu kau gapai. selama hidup sampai mati. pergilah kau membawa diri. dan jangan sekali berpaling lagi. jangan cuba untuk menghampiri. bermimpi untuk mendampingi. p/s: aku sangat-sangat kasihankan kau duhai perempuan.tolanglah syyggg,get a life!! fucking bitch.
Saturday, October 23, 2010 @ 4:18 AM | 0 Flying kisses ❤
kau terpaku di penjuru itu.dengan mata tajam merenung aku. seakan pandangan itu mampu menembusi jantung ini. merobos sehingga aku terkulai layu. aku terkaku di penjuru itu. tidak mampu menahan gelora hati. berkocak hebat bagaikan hanyut dilanda tsunami. sehingga aku tidak mampu untuk berdiri. kau dewa dewi dunia. sedangkan aku cuma hamba sahaya. tidak mampu bersuara. cuma hidup mengikut kata. kau mulia. aku hina. entah sampai bila mampu aku bertahan. hidup bawah telunjuk dewa dewi dunia. @ 4:02 AM | 3 Flying kisses ❤
encik clown,wawa comell ingin bisik kat kamoo satu rahsia.mau dengar tak? marilah dekat sikit. [mari mari,wawa comell takkan geget punya] kau sempurnakan aku. i heart♥ you sampai mati la. :) :) :) ![]() ![]() Thursday, October 14, 2010 @ 10:31 PM | 4 Flying kisses ❤
sayangku..jangan pernah kau berubah. kerana hati ini mencintai seluruh dirimu. senyumanmu. gelak tawamu. pandangan menggodamu. [wink~] bibir muncungmu. muka comellmu. dan semua tentang dirimu. jangan pernah kau berubah.. segalanya sempurna bagiku. jangan pernah kau berubah.. hatimu. jiwamu. teruslah cintai aku sayangku. selamanya bersamamu. :) :) :) . Friday, October 1, 2010 @ 2:16 PM | 7 Flying kisses ❤
:) :) :) saya nak simpan awak. untuk saya seorang sahaja. saya beri awak kunci. untuk buka pintu kotak hati. tapi lepas awak masuk dalam. janji jangan keluar lagi ye? saya simpan awak seorang sahaja. dalam kotak hati istimewa. taken by my dearest beloved hubby sayang,ahmad zulhilman bin zulbryner.
[15 may 2010] Wednesday, September 15, 2010 @ 8:00 PM | 2 Flying kisses ❤
kau menjelma apabila malam tiba.mengukir senyuman,menemani malam aku. bahagia berdua. tapi pagi menggamit engkau pergi. hilang bersama kabus dan sinaran mentari. aku termangu sepi. apakah engkau bukan realiti? sekadar bayangan yang wujud dalam mimpi. hadir apabila aku terlena. hilang apabila aku terjaga. aku dahaga kasih sayangmu. aku dahaga cinta tulusmu. yang wujud dalam fantasi liar. kau cuma mimpi dalam mimpi.. aku ingin lena sepanjang hayatku. kau cuma mimpi dalam mimpi.. temani aku sepanjang hayatku. @ 7:49 PM | 0 Flying kisses ❤
entah mengapa..tidurku kebelakangan ini tidak selena selalu. seperti ada yang membelengu fikiran. entah mengapa.. semakin aku cuba menyelami rasa ini,semakin aku buntu celaru. tenggelam antara dua dimensi. aku kusut. aku serabut. @ 7:36 PM | 0 Flying kisses ❤
aku duduk diam-diam.pandang kiri kanan. kiri budak hisap rokok. kanan ada cina mabuk. aku duduk diam-diam. tak pandang kiri kanan lagi. tunggu kamu datang. cepatlah sayang.... aku lemas. aku rimas. *hari ni,hari apa eh? tak tahan la bus stop ramai orang. :) Monday, September 13, 2010 @ 9:45 PM | 0 Flying kisses ❤
aku bersedih.mereka gembira. aku menangis. mereka tertawa. aku berdiam. mereka mengata. hakikat sebenarnya.. aku peduli apa dengan mereka. aku tetap aku. dan mereka tidak bermakna apa-apa. @ 9:32 PM | 0 Flying kisses ❤
bayangmu menari-nari.dalam suram kabus malam. suara pungguk bersahut-sahutan. lolongan anjing kedengaran. pergi kau.. kau telah mati. pergi pergi.. kau telah lama mati. mengapa kau seksa aku? mengapa kau hantui aku? mengapa kau buru aku? mengapa kau dendami aku? kau telah lama mati. roh tanpa jasad. tapi kau takkan berhenti bukan? terus-terusan menyakiti aku. egoismu membunuh aku. prasangkamu membunuh aku. kini aku tiada lagi. bukan berpijak dalam realiti. aku telah mati. dibunuh dalam mimpi. Thursday, September 9, 2010 @ 9:09 PM | 0 Flying kisses ❤
hanya untuk satu malam..aku ingin tidur dalam pelukanmu. kau dakap aku erat-erat. belai rambutku. kucup dahiku. hanya untuk satu malam.. aku ingin menjadi bintangmu. memagari bulan purnama. tatapi aku sayang. lemparkan aku senyumanmu. berikan aku kunci. untuk aku buka pintu hatimu yang tertutup rapat. aku ingin disisimu selalu. cintailah aku. hanya aku,hanya satu. Wednesday, September 8, 2010 @ 6:41 PM | 0 Flying kisses ❤
![]() awak.. semalam awak berjanji akan selamanya disini. tapi hari ini,awak telah pun berlalu pergi. awak.. semalam awak berjanji takkan biar saya menangis lagi. tapi hari ini,air mata berlinangan gugur ke bumi. awak.. semalam awak berjanji malam takkan lagi jadi sepi. tapi hari ini,sunyi mencengkam dalam sanubari. awak.. semalam saya berjanji hanya saya satu dihati. tapi hari ini,awak bukanlah milik saya lagi. awak.. semalam saya menangis lagi. tapi hari ini,saya ingin awak mengerti. tiada dendam bersarang dihati. kerana tiada insan sempurna diri. lupakanlah semua yang telah terjadi. dan biarlah semalam menjadi memori. Monday, August 30, 2010 @ 1:15 AM | 0 Flying kisses ❤
kau muncul dalam khayalanku.membawa aku ke dimensi baru. hanya kau dan aku. bersama memadu asmara. kau punca aku keliru. kau punca aku celaru. aku ketagih belaianmu.. aku ketagih perhatianmu.. aku ketagih cinta sucimu.. tanganku terketar-ketar. tubuhku menggigil. mataku merah meliar. berikan aku nymphetamineku. biar aku hidup dalam fantasi. cerita dongeng kau dan aku. temani aku dalam mimpi. overdose kasi sayangmu. kau obsesiku.. kau ketagihanku.. kau nymphetamineku.. @ 12:32 AM | 0 Flying kisses ❤
lorong hitam penuh noda.terpalit dosa para penghuninya. tiada malaikat,iblis berleluasa. menghasut anak adam ke lembah hina. aku menyusur langkah perlahan. mata meliar ke kiri dan kanan jalan. anak jin berpeleseran,berpesta saban malam. pelbagai fesyen dan style,macam-macam ragam. seks menjadi hiburan. kalau sekadar kissing-kissing.. "alah,biasalah tu bang.." arak hidangan minuman. kalau orang menegur.. "alah,tak rock lah macam ni bang.." perempuan bertudung. tapi perangai macam orang tak ada agama. lelaki berlagak macho. tapi menangis teresak-esak bila tengok drama korea. perempuan macam lelaki.. konon hebat.."tomboi la katakan.." lelaki macam perempuan.. konon cantik.."nyah,cun tak i?" dimanakah letaknya logica? dimanakah letaknya kesedaran akal kita? atau rasa itu sebenarnya telah lama mati? tenggelam dalam nikmat kota gila ini? aku berdiri dalam realiti hari ini. dunia hanya auta dan tiada fakta. aku aku. kau kau. dia dia. mereka mereka. "jaga tepi kain sendiri la.." "yang kau sibuk hal aku tu,apa hal?" "alah,macam paling-paling bagus je nak tegur orang.." "sedarlah diri,cermin muka tu dulu.." aku aku. kau kau. dia dia. mereka mereka. akulah penghuni kota neraka. aku,kau,dia,mereka juga sama. watak penghidup jalan cerita kota gila. jeritan memekakkan telinga. pandangan membutakan mata. mampukah aku bertahan di sini? berdiri teguh menjadi aku. atau perjalananku terhenti di sini? tewas pada godaan duniawi. kota neraka.. kota gila.. dan aku terbakar dalam neraka kota gila... **credit to izzat. :) .aku bersepah idea lepas borak dengan kau semalam.trimas bro!! p/s:mesti kau bangga kan kan kan? ^_^ .. @ 12:15 AM | 0 Flying kisses ❤
**ada orang bertanya.."kau perfect sangat ke?" **dan aku berkata.. "yup yup..aku memang perfect." "aku ada semua..kau ada apa?" **dan orang berkata lagi..(sambil buat muka) "eleh..apalah sangat yang kau ada?" "macam bagus aje.." **dan aku berkata lagi..(rasa macam nak ketawa) "aku ada ibu bapa." "aku ada keluarga." "walaupun tak kaya,tapi aku bahagia.." "aku ada kawan-kawan." "aku ada dia." "walaupun kami jauh,tapi cinta teguh.." **dan orang terdiam membisu..(takde idea la tu) aku pula bagai tersedar dari mimpi yang panjang. aku punyai segalanya,tanpa pernah kekurangan apa-apa. membuktikan aku hanyalah manusia biasa. mudah terleka dengan nikmat dunia. aku bersyukur atas segala limpah kurniaan-Mu ya Allah ya tuhanku. |
![]() ![]() ![]() Blog's name: lollyuni.blogspot.com
|